KSSR



                                       


                                                                                                                                                                             



             KEMENTERIAN PELAJARAN 
                        MALAYSIA



                DOKUMEN STANDARD 
                             PRESTASI 
                           MATEMATIK
                               TAHUN 2





                                    DRAF
                                 JUN 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.





PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.





MATLAMAT KURIKULUM


Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.


OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

1     Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2     Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3     Mengenal pasti dan  menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4  Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5    Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6     Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8      Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9     Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik. 




TAFSIRAN

o       Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o         Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o    Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o      Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o      Evidens

          Murid               :       Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen       :         Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o      Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.


TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.




BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu pengetahuan asas matematik


2

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik


3

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik  bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan


4

Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah


5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi


6

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan  masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif








BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Tahu pengetahuan asas matematik





B1D1
Nombor bulat




B1D2
Istilah dan perbendaharaan  kata



B1D3
Simbol operasi asas matematik dan simbol sama dengan


B1D4
Mata wang Malaysia



B1D5
Bentuk tiga dimensi (3D) dan bentuk dua dimensi (2D)



B1D1E1  1.1 (i) , 1.3(i)
Menamakan nombor bulat sehingga 1000
dan membilang secara, satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh, seratus-seratus


B1D2E1 10.1(i),11.1(i),12.1(i)
Mengenal perbendaharaan kata bagi unit ukuran piawai dan simbol


B1D3E1 4.1(iii),5.1(ii)
Mengenal simbol (×), (÷) dan (=)



B1D4E1 8.1(i)
Menyatakan ciri-ciri wang kertas RM50 dan RM1


B1D5E1 13.1(i),13.3(i)
Mengenalpasti ciri-ciri bentuk 3D dan 2D




                                        
                                 
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik





B2D1
Kuantiti nombor bulat











B2D2  
Nilai tempat dan nilai digit nombor bulat






B2D3 
Konsep pecahan




B2D4
Konsep perpuluhan




B2D5
Nilai wang



B2D6
Muka jam dan muka alat pengukuran






B2D7
Ciri-ciri bentuk 3D dan 2D


B2D1E1 
Menyatakan kuantiti objek sehingga1000
dengan:
a)   Menamakan dan menulis nombor dalam perkataan atau angka 1.2(i & ii)
b)   Membilang secara, satu-satu, dua-dua,1.3(i)
     lima-lima, sepuluh-sepuluh, seratus-seratus
c)   Memadan 1.1(ii)(b)
d)   Membanding, menyusun atau melengkapkan rangkaian nombor secara tertib menaik atau menurun 1.3(ii)


B2D2E1  1.4(i & ii)
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor bulat sehingga 1000

B2D2E2 1.4(iv)
Mencerakinkan sebarang nombor dalam ratus, puluh dan sa


B2D3E1 6.1(iii)
Menyatakan pecahan wajar yang pengangkanya satu hingga sembilan dan penyebutnya  10


B2D4E1 7.1(ii)
Menyatakan nombor perpuluhan 0.1 hingga 0.9




B2D5E1 8.1(iii)
Menyatakan gabungan wang yang memberi nilai yang sama sehingga RM100


B2D6E1 9.1(iii),10.1(ii),11.1(ii),12.1(ii)
Menyatakan tanda senggatan
a)    minit dan jam 9.1(iii)
b)    sentimeter dan meter 10.1(ii)
c)    gram dan kilogram 11.1(ii)
d)    liter dan mililiter 12.1(ii)


B2D7E1 13.1(ii),13.3(ii)
Menyatakan ciri bentuk-bentuk 3D: 13.1(ii)
kubus, kuboid, piramid tapak segi empat sama, silinder dan kon
dan ciri bentuk-bentuk 2D: 13.3(ii)
segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan












BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik  bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan




B3D1
Penyelesaian operasi asas matematik


























B3D2 
Pembundaran nombor



B3D3
Pecahan wajar









B3D4
Nombor Perpuluhan








B3D5
Perekodan waktu, pengukuran dan penganggaran dalam unit piawai




B3D6
Bentangan bentuk 3D


B3D1E1 2.2(i) & 2.2(ii)
Melakukan operasi asas tambah bagi sebarang 3 nombor bulat hingga 3 digit dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000.

B3D1E2 3.1(i) & 3.1(ii)
Melakukan operasi asas tolak bagi sebarang 2 nombor bulat hingga 3 digit.

B3D1E3 4.1(iii)(c), 5.1(ii)(c)
Menulis ayat matematik darab dan bahagi berdasarkan situasi

B3D1E4 4.1(v),5.1(iii)
Melakukan operasi asas darab (sifir dua, lima, sepuluh dan empat) dan bahagi  (melibatkan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan empat)

B3D1E5 8.2(i & ii)
Menambah nilai wang yang jumlah tidak melebihi RM100

B3D1E6 8.3(i & ii)
Menolak nilai wang sehingga RM100



B3D2E1  1.5(i)
Membundarkan nombor bulat  sehingga 1000 kepada puluh dan ratus terdekat



B3D3E1 6.1(iv)
Melorek dan menulis pecahan wajar yang pangangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10

B3D3E2 6.3(i)
Membandingkan nilai dua  pecahan wajar yang pengangkanya satu dan penyebutnya hingga 10


B3D4E1 7.1(i)
Melorek dan menulis pecahan persepuluh kepada perpuluhan

B3D4E2 7.3(i)
Membandingkan nilai nombor perpuluhan di antara sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan


B3D5E1 9.1(v)
Merekod waktu dalam jam dan gandaan lima minit

B3D5E2 9.2(i)
Menghubungkait waktu :
hari dengan jam dan jam dengan minit

B3D5E3
Merekod, mengukur dan menganggar dalam unit piawai:
a)    sentimeter dan meter 10.2(ii) , 10.3(i)
b)    gram dan kilogram 11.2(i) ,11.3(i)
c)    liter dan mililiter 12.2(i) , 12.3(i)

B3D6E1  13.2(i)
Mengenal pasti pelbagai bentangan bentuk 3D :
kubus, kuboid, piramid tapak segi empat sama, silinder dan kon.


BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah


B4D1 
Menyelesaikan masalah  matematik








B4D1E1 2.3(ii)
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dua nombor dan hasil tambahnya tidak melebihi 1000

B4D1E2 3.3(ii)
Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan dua nombor 

B4D1E3 4.4(i)(b)
Menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh dan empat

B4D1E4 5.4(i)(b)
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan empat

B4D1E5 8.4(ii)
Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan wang

B4D1E6 *(KIV)
Menyatakan bentuk dan bilangan bentuk 2D yang terdapat pada bentangan
bentuk 3D




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi




B5D1  
Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks menggunakan pelbagai strategi







B5D1E1  
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi asas mengikut prosedur  


B5D1E2  
Menyelesaikan projek matematik yang diberi mengikut prosedur dengan menggunakan pelbagai strategi
















  


BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan  masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif




B6D1
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.











B6D1E1 
Mereka cipta model daripada bentuk-bentuk 3D secara inovatif dan menerangkan model yang dibina

B6D1E2 
Mencipta kaedah atau idea baru menggunakan teknologi multimedia bagi memudah cara urusan harian

B6D1E3
Menggunakan logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat  dan jelas dengan rakan sebaya, guru atau komuniti

No comments:

Post a Comment